Saturday, December 10, 2016

Ciri-ciri keusahawanan Jack Ma

PENGENALAN

Alibaba Group Holding Limited ialah sebuah syarikat e-dagang atau e-lelong China yang mengkhususkan perniagaan sejagat. Syarikat ini yang berpusat di Hangzhou, memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, serta di Hong Kong, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Jack Ma, pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba, beliau telah menjadi orang yang paling kaya di China selepas Alibaba IPO (Initial Public Offering) untuk rekod $ 25 bilion pada September lalu. Beliau membesar daripada keluarga yang miskin di komunis China, gagal peperiksaan pintu masuk kolej dua kali dan telah ditolak dari berpuluh-puluh pekerjaan termasuk satu di KFC sebelum mencari kejayaan dengan syarikat internet ketiganya, Alibaba.
Pada peringkat awal Alibaba, Jack Ma cuba untuk mengumpul dana di Silicon Valley, hab teknologi di Amerika Syarikat dan telah bertemu dengan penafian dan model perniagaannya telah dikritik tidak menguntungkan dan tidak mapan oleh ramai pada masa itu. Akhirnya, Ma berjaya mendapat Goldman Sachs dan Softbank untuk melabur US $ 5 Juta dan US $ 20 Juta pada Alibaba masing-masing.  Pada tahun 2003, masih tidak menguntungkan dengan Alibaba, Ma dan pasukannya membuat laman lelongan dalam talian yang dinamakan " Taobao.com " yang mengenakan bayaran komisen sifar dan mengambil gergasi e -dagang multinasional iaitu eBay yang sudah mempunyai bahagian besar di China dalam talian pasaran lelong. Telah dipilih untuk memenangi terhadap eBay, Taobao kekal sebagai pasaran yang bebas dan komisen sifar untuk berjuta-juta peniaga dalam talian dan tidak meletakkan Alibaba di bawah tekanan kewangan yang ketara. Untuk terus bertahan di samping mengekalkan dasar komisen sifar platform ini, Ma dan pasukannya mula menawarkan perkhidmatan sokongan nilai tambah periferal contoh halaman web peribadi untuk peniaga dalam talian dalam bayaran yang kecil. Jack Ma juga membina hubungan penting dengan orang yang berpengaruh, salah seorang daripada mereka adalah ahli pengasas Yahoo, Jerry Yang. Jerry akhirnya  mendapat yahoo untuk melabur USD 1 Billion dalam Alibaba pada tahun 2005 untuk menetangkan dengan eBay. Ma dan pasukannya memenangi pasaran China dalam masa kurang daripada lima tahun dan eBay kemudiannya menarik diri daripada pasaran China.
Pada tahun 2014, Ma dan pasukannya berjaya mengumpulkan lebih daripada US $ 20 Bilion untuk Alibaba dengan menyenaraikan dalam bursa saham NYSE (New York Stock Exchange) di Amerika Syarikat. Hal ini telah membuat Alibaba, satu syarikat e -dagang yang berumur 15 tahun yang berasal dari luar Amerika Syarikat, salah satu syarikat terbesar dunia seperti yang diukur oleh permodalan pasarannya yang adalah kira-kira US $ 200 Billion. Ma dan pasukannya kini beralih Alibaba memegang kumpulan menjadi konglomerat besar dengan memperoleh banyak syarikat yang lebih kecil daripada teknologi yang berkaitan dengan logistik dan seterusnya. Pada masa sekarang, Alibaba bernilai lebih daripada Facebook dan memproses lebih barangan daripada gabungan barangan eBay dan Amazon. Asalnya Alibaba hanya ditubuhkan oleh 18 orang di rumahnya dan sekarang menjadi sebuah syarikat yang mempunyai 36 450 orang pekerja.



Tidak berputus asa

(“Giving up is the greatest failure.” – Jack Ma)
Individu yang menghadapi kesusahan tidak akan mengalah apabila ditimpa sebarang masalah serta yakin dengan kebolehan diri dengan menganggap masalah sebagai satu cabaran (Noornajihan, 2014).
Dalam menceburi bidang keusahawanan, seseorang usahawan tidak akan lari daripada menghadapi kegagalan dalam menjalankan perniagaannya. Namun begitu, setiap usahawan perlu menjadikan kegagalan sebagai satu pilihan. Kegagalan sebenarnya merupakan satu langkah awal bagi seseorang usahawan untuk berjaya dan berkembang maju. Apa yang penting ialah untuk merancang daripada kegagalan dan belajar daripadanya.
Peristiwa
Dalam personaliti Jack Ma, salah satu ciri keusahawanan yang dimiliki beliau ialah percaya bahawa kegagalan adalah satu pilihan.
Semasa zaman persekolahannya, prestasi akademik Jack Ma tidaklah cemerlang. Hal ini menyebabkan beliau gagal sebanyak dua kali dalam menempatkan diri dalam mana-mana institut perguruan tinggi di China. Namun dia tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya memasuki universiti pada ujiannya yang ketiga.
Setelah mengalami pelbagai kegagalan dalam mencari kerja, beliau akhirnya bertekad untuk menjalankan perniagaan sendiri iaitu perniagaan menterjemah bahasa.Tetapi hasil perniagaan menterjemah bahasa yang dijalankannya kurang memuaskan.
Jack Ma meneruskan usahanya dengan medirikan “ChinaPages”, permulaan Jack Ma yang mengalami banyak kegagalan sebelum beliau memiliki idea untuk mendirikan Alibaba dan syarikat Alibaba telah mengalami banyak kali gagal untuk memasuki pasaran internet di kalangan global atau antarabangsa.
Walaupun menemui kegagalan, Jack Ma juga tidak berputus asa dan akhirnya berjaya membangunkan syarikat Alibaba iaitu sebuah laman web ecommerce terbesar.

Berani mengambil risiko secara terbuka



(You never know how much can you do in your life.”  – Jack Ma)
Ciri keusahawanan dapat didefinisikan sebagai tingkah laku iaitu keinginan atau kesiapan mengambil risiko adalah upaya untuk mempertimbangkan dan menerima risiko yang layak dalam menghadapi ketidakpastian pengambilan keputusan dalam kegiatan ekonomi (Hasbullah dan Jamaluddin, 2013).
Seorang usahawan perlu berani mengambil risiko dalam memulakan sesuatu perniagaan yang baru seperti risiko kerugian, risiko ketidakpastian pada masa hadapan dan risiko pesaing. Berani mengambil risiko juga menunjukkan bahawa kita yakin akan mendapatkan sesuatu pelajaran berharga dari setiap risiko yang diambil.
Peristiwa
Jack Ma dulu mengalami banyak penolakan dan mengatakan bahawa setelah lulus kuliah dan mencuba mencari pekerjaan sebanyak 30 kali tetapi semuanya ditolak.
Akhirnya Jack Ma melihat penolakan dan kegagalan tersebut sebagai peluang untuk bangkit dan dorongan untuk menjadi lebih baik dan akhirnya beliau mengambil risiko untuk menubuhkan syarikat internet beliau yang bernama Alibaba yang melambung di pasar saham dengan nilai sekitar USD 25 juta dan tercatat sebagai IPO terbesar di dunia.
Jack Ma telah menunggu selama 15 tahun untuk mencari masa yang sesuai untuk memasuki Bursa Saham NYSE (New York Stock Exchange). NYSE adalah lantai bursa tertua di Amerika Syarikat. NYSE bukan sahaja dianggap sebagai lantai bursa ekonomi terbesar di Amerika Syarikat tetapi juga yang terbesar di dunia. Beliau tahu amat pentingnya untuk memasuki pasaran pada masa yang sesuai dan tepat. Beliau menantikan peluang yang sesuai untuk masukkan Alibaba ke bursa saham dan telah berjaya meraih dana tertinggi dalam sejarah amerika iaitu 21.8 Billion USD. Jack Ma juga telah menjadikan IPO yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Keberanian Jack Ma untuk mencuba dan mengambil risiko memaparkan salah satu ciri usahawan yang berjaya.

Sifat kepimpinan


(You've got to make your team have value, innovation, and vision. – Jack Ma)
Sifat kepimpinan yang perlu wujud dalam diri seseorang yang bergelar usahawan ialah tindakan memimpin sesuatu organisasi mengikut tugas yang diberikan agar matlamat dapat dicapai (Muhammad Faizal A. Ghani, 2011). Sifat kepimpinan yang mengambil peduli perihal pekerja membolehkan pekerja mengetahui kepentingan mereka dalam syarikat selain menyatupadukan semua pekerja. Menerima pandangan serta pendapat dari pekerja di dalam sesebuah organisasi membolehkan pengurus dapat membuat keputusan dari segi positif mahupun negatif serta membezakan baik dan buruk dalam membuat sesuatu keputusan.
Peristiwa
Jack Ma pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba telah memaparkan sifat kepimpinan yang baik.
Dalam era teknologi ini, Jack Ma mamgamalkan sistem eksekutif yang berbeza dengan syarikat internet yang lain seperti Mark Zuckerberg atau Jeff Bezos. Dia hampir tidak menggunakan teknologi tetapi mengutamakan penggunaan tenaga kerja dengan mementingkan keupayaan seorang pekerja.
"Seorang pemimpin tidak boleh membandingkan kemahiran teknikal dengan pekerja itu. Pekerja anda perlu mempunyai kemahiran teknikal lebih hebat daripada kamu. Jika dia tidak, ia bermakna anda telah mengupah orang yang salah." nasihat oleh Jack Ma.

Proaktif


(Instead of learning from other people’s success, learn from their mistakes. Most of the people who fail share common reasons whereas success can be attributed to various different kinds of reasons.” – Jack Ma)
Menurut penyelidikan artikel, proaktif bermaksud bertindak ke depan untuk berhadapan dengan kesulitan yang diharapkan atau diamati dan dapat memperhatikan dengan apa yang sedang berlaku (Zulaikha, 2006).
Ini menggambarkan bahawa sikap proaktif ini mengambil langkah awal dalam sesuatu perniagaan. Sikap ini harus dipupuk dalam diri seorang usahawan berbanding sikap pasif. Usahawan proaktif sentiasa memikirkan masa depan syarikat atau projek yang mereka lakukan. Proaktiviti merupakan satu sifat yang memainkan peranan penting kerana ia adalah sebahagian daripada tingkah laku yang memberi impak kepada keadaan sekeliling.
Peristiwa
Jack Ma bersikap proaktif dengan mengambil langkah awal untuk memasuki bidang e-commerce. 16 tahun yang lalu, Jack Ma telah memberitahu pelabur Wall Street bahawa beliau akan membangunkan B2B (business-to-business) di China. Namun yang demikian, tiada sesiapa yang berminat terhadap B2B ini. Seterusnya, Jack Ma mendapati kekurangan bangunan-bangunan komersial di China dan beliau membuat keputusan untuk mendirikan sebuah tempat perniagaan atas talian. Semua ini menunjukkan Jack Ma berpandangan jauh dan mengambil langkah awal untuk memulakan perniagaannya.

Bervisi


(“You’ve got to make your team have value, innovation, and vision .” – Jack Ma)

Visi sangat penting untuk menentukan arah perusahaan pada masa yang akan datang. Usahawan yang bervisi ke depan akan membawa organisasi ke arah perubahan (Lindawati, 2001).
Usahawan yang ‘visionary’ merupakan usahawan yang mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapainya dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan. Usahawan yang mempunyai visi akan menetapkan visi dan misi organisasinya dengan jelas. Usahawan kemudian akan membuat perancangan untuk janka masa pendek dan juga jangka masa panjang untuk mencapai visi organisasinya.
Peristiwa
Jack Ma mempunyai visi yang jelas dalam bidang keusahawanannya. Jack Ma mempunyai pandangan yang jauh dengan mengenal pasti peluang untuk menjalankan perniagaan atas talian yang mempunyai pasaran yang sangat luas dan seiring dengan perkembangan globalisasi yang berlaku di seluruh dunia. Beliau menekankan bahawa kejayaan Alibaba adalah berdasarkan budaya perusahaan yang berorientasikan visi organisasi.